Wednesday, March 16, 2011

Ayam Masak Blackpepper

Assalamualaikum. Saja nak berkongsi resepi di sini.
Memandangkan kami satu rumah dah tak lalu nak makan kari, kurma, masak kicap, sup atau tomyam, terpaksalah semua kena mencari resepi baru di internet.

Ayam masak blackpepper ni boleh dimasak dengan dua cara. Satu dengan menggoreng ayam separuh masak dulu (ayamnya akan rasa lebih crispy). Satu lagi, lebih mudah, macam resepi di bawah ni.

Bahan-bahan
3 atau 4 sudu besar Lada hitam (ditumbuk/dikisar)

2 biji Bawang besar dikisar (blend)
2 ulas bawang putih dikisar

2 biji Lada hidup (dipotong besar )
2/3 tangkai daun kari (kalau tak ada pun ok)
Tomato/kacang panjang/kentang/ sayur (kalau tak nak letak pun takpe)

Ayam (dipotong)

Sedikit kicap lemak manis
sedikit air (kalau nak cepat guna air panas)
sedikit minyak masak
garam secukup rasa


Cara masak


1) Panaskan minyak. Masukkan daun kari. Kemudian masukkan bawang besar. Goreng hingga kekuningan. Masukkan serbuk lada hitam yg ditumbuk tadi.
2) Masukkan kicap. Masukan sedikit air.Tunggu hingga menggelegak,kemudian masukkan ayam. Boleh masukkan kentang/tomato/kacang panjang.
3) Masukan garam secukup rasa.Tunggu hingga ayam masak. Masukkan lada hidup. Kalau nak warnanya lebih hitam, tambahkan kicap.
3) Untuk pekatkan kuah, boleh tambahkan 1 atau 2 sudu besar tepung beras. Tunggu hingga ayam masak dan boleh dihidang selepas tu.

Ni yang dah dimasak. Kurangnya sebab tak letak tomato/sayur dan warnanya kurang hitam
(boleh tambah kicap sebenarnya).
Tapi rasanya sedap. Maaflah presentation teruk.

Itu je yang dapat dikongsi. Semoga bermanfaat, insyallah.

3 comments:

ﺧﻳﺮﺍﻟﻌﺎﻣﻟﻳﻦ said...

harini ak nk masak ikut resepi nie..tak jadi, siap fizi! hua3.. :P

Fujiyama said...

haha...bru perasan komen ko.
Ni resepi orang bujang la, so boleh dimaafkan la kalau tak berapa jadi,
woot2...

ﺧﻳﺮﺍﻟﻌﺎﻣﻟﻳﻦ said...

alhamdulillah..tima kasih ar fiszi..
nampaknya resepi kau menjadi..haritu ak masak..hua3..pasni leh ar kau kongsi agi resepi2 kau..yg simple2 pun jadi ar..boleh ak blaja masak dr blog kau..hehehe.. luv u ar fizi..muah3..hua3.. ^_^